Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling Sekolah Rendah Rimba II, Brunei III memberikan perkhidmatan bimbingan individu/kelompok dan perkhidmatan kaunseling individu/kelompok kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6 secara sukarela atau pun yang dirujuk oleh guru-guru.

Monday 16 August 2010

Menziarahi Tanah Perkuburan Islam Terunjing


Menziarahi tanah perkuburan Islam Terunjing
Pada: 7 Ogos 2010
Hari: Sabtu
Murid-murid : Murid-murid Tahun 6 (lelaki)

Sebelum murid-murid menziarahi kubur, murid-murid diberi taklimat mengenai adab menziarahi kubur.Objektif menziarahi kubur ialah untuk memberi pendedahan kepada murid-murid supaya berlaku ihsan terhadap penghuni kubur, lebih-lebih lagi kepada roh ibu bapa, keluarga, saudara-mara, sahabat handai kita dan menggembirakan mereka dengan memberi salam, memohon doa agar dilimpahkan dengan rahmat, pengampunan dan keafiatan dari Allah Subhanahu Wata'alajuan.

Di samping menziarahi tanah perkuburan dengan melakukan beberapa perkara termasuk membaca Surah Yasin, bertahli dan doa arwah dan juga membersihkan kawasan tanah perkuburan yang boleh dikatakan sebagai dua dalam satu.

Dengan melakukan perkara sedemikian dapat mengajar kita bahawa bukan sahaja kawasan rumah kita sahaja perlu dibersihan yang dianggap syurga dunia, malahan kawasan tanah perkuburan yang dimiliki oleh kaum keluarga kita, saudara-mara dan kaum Muslimin dan Muslimat perlu juga dibersihkan secara sukarela dan ikhlas dengan mengharapkan pahala daripada Allah Subhanahu Wata'ala.

Bahagian Ugama & Bahagian Bimbingan Dan Kaunseling Sekolah Rendah Rimba II

Thursday 12 August 2010

Aktiviti lakonan spontan dengan tema Bersopan Santun













Aktiviti ini dijalankan bagi murid-murid perempuan tahun 6. Ia dijalankan di Permata Hati, Sekolah Rendah Rimba II. Aktiviti ini dijalankan pada 7 Ogos 2010 iaitu pada hari Sabtu. Murid-murid dibahagikan kepada 7 kumpulan dan mereka diminta untuk memilih ketua kumpulan dan memberi nama untuk kumpulan mereka. Aktiviti ini dipertandingkan dan dihakimkan oleh Cikgu Norajrina & Cikgu Leliyana.
NAMA KUMPULAN dan TAJUK LAKONAN bagi setiap kumpulan ialah:
EZZA-Adab ketika bercakap dengan guru.
DREAM GIRLS-Adab ketika melayan tetamu yang datang.
DIAMOND-Adab ketika berjumpa dengan guru-guru.
GENG BAS SEKOLAH-Adab ketika menziarahi rakan yang sakit.
BLUE TEAM-Adab ketika melintas di depan orang yang lebih tua.
WONDER GIRLS-Adab menolong guru.
VIOLET-Adab ketika (sebelum dan selepas) menerima hadiah atau mendapat sesuatu daripada orang lain.