Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling Sekolah Rendah Rimba II, Brunei III memberikan perkhidmatan bimbingan individu/kelompok dan perkhidmatan kaunseling individu/kelompok kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6 secara sukarela atau pun yang dirujuk oleh guru-guru.

Monday, 26 July 2010

Ceramah Motivasi & Teknik Bijak Belajar






Ceramah Motivasi dan teknik belajar yang dianjurkan oleh Takmir Masjid Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Kg Rimba telah diadakan pada Hari Ahad, 25 Julai 2010 bersamaan dengan 13 Syaaban 1431 yang lalu. Penceramah yang telah dijemput pada hari tersebut ialah Dr Ee Ah Meng seorang Motivator/Pensyarah Universiti Brunei Darussalam, Negara Brunei Darussalam.Ceramah Motivasi dan teknik bijak belajar ini diadakan secara rasionalnya adalah kerana kemahiran-kemahiran bijak belajar tidak diajarkan di dalam bilik darjah. Dengan itu, para pelajar akan dilengkapi dengan teknik belajar yang berkesan.

Objektif-objektif ceramah motivasi dan teknik bijak belajar ini ialah:
1. Meningkatkan prestasi akademik pelajar.
2. Meningkatkan keyakinan pelajar menghadapi peperiksaan.
3. Membantu pelajar belajar bukan sahaja hard tetapi smart.
4. Memperlengkapkan pelajar dengan teknik belajar dengan teknik belajar SQ3R, teknik
ingatan, teknik melukis peta minda.
5. Membantu pelajar mengurus masa dengan berkesan.

Takmir Masjid Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Kg Rimba mengalu-alukan kehadiran murid-murid dari empat buah sekolah yang akan menduduki peperiksaan 'O'Level dan juga PSR. Sekolah-sekolah tersebut ialah Sekolah Menengah Rimba, Sekolah Rimba I, Sekolah Rendah Rimba II dan juga Sekolah Rendah Tungku.

Antara kandungan ceramah motivasi yang telah disampaikan oleh penceramah undangan antaranya ialah ciri-ciri pelajar bermotivasi tinggi, teknik belajar SQ3R, langkah-langkah mengulang berkesan dan lain-lain lagi.

Friday, 23 July 2010

Lawatan penghakiman bilik kaunseling SR Rimba II





Pada 22 Julai 2010, hari khamis tepat pada pukul 10 pagi, beberapa orang panel hakim telah datang melawat ke Bilik Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Sekolah Rendah Rimba II. Semasa sesi lawatan tersebut, beberapa soalan telah diajukan kepada Kaunselor Sekolah, Cikgu Norajrina dan juga Guru Bimbingan Cikgu Leliyana tentang pengurusan dan segala program yang telah dijalankan dalam Perkhidmatan Bimbingan Sekolah. Setelah itu para panel hakim dijemput ke bilik pentadbiran dengan diiringi oleh Cikgu Hjh Joyah selaku Guru kanan Pentadbiran untuk menikmati jamuan ringan yang telah disediakan.

Thursday, 22 July 2010

Penyampaian hadiah bagi pertandingan mewarna, melukis poster, menulis dialog dan membina kata-kata atau slogan sempena amalan bersopan santun







Penyampaian hadiah ini telah disampaikan oleh Guru Besar Sekolah Rendah Rimba II, iaitu Cikgu Zauyah Binti Datu Derma Wijaya Hj Yusof,
Pada: 17 Julai 2010
hari : Sabtu
Masa : 7.30 pagi

Tahniah kepada para pemenang dan pada mereka yang kurang bernasib baik sila cuba pada masa akan datang.

Wednesday, 14 July 2010

Pertandingan mewarna, melukis poster, menulis dialog dan membina kata-kata (slogan) dengan tema amalan bersopan santun






Bersopan santun adalah amalan yang mulia lagi terpuji. Ia mencerminkan keperibadian yang dimiliki oleh individu tersebut. Islam menuntut umatnya supaya dapat mengamalkan budaya bersopan santun dalam kehidupan, dan inilah sikap yang diamalkan oleh Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam. Program amalan bersopan santun ini dijalankan bagi menerapkan nilai-nilai murni dikalangan murid-murid di Sekolah Rendah Rimba II dari Pra hingga tahun 6.

Pada: 26 Jun 2010 (Sabtu)

Ceramah motivasi untuk ibu bapa Sekolah Rendah Rimba II


Acara pada pagi itu dimulakan dengan taklimat dari Guru besar sekolah Rendah Rimba II, cikgu Zauyah bte Dato Derma Wijaya Hj Yusof. Seterusnya dijemput penceramah undangan dari Pusat Dakwah Islamiah Ustaz Isham bin Hj Ismail untuk menyampaikan ceramah motivasi kepada ibu bapa murid-murid Tahun 3 dan Tahun 6. Kemudian diteruskan dengan sesi menandatangani rekod kemajuan murid.

Program Bimbingan kelompok Teknik Bijak Belajar






Program bimbingan kelompok teknik bijak belajar bagi murid-murid Tahun 6 diadakan,
Pada : 20 April 2010M/ 5 Jamadilawal 1431H
Tempat : Dewan Sukma Indra SR Rimba II & Kawasan Sekolah

Antara teknik bijak belajar dalam program tersebut ialah 8 kunci ke arah kerjaya, membina matlamat, bagaimanakah sikap terbentuk?, menukar diri negatif kepada diri positif, kemahiran membaca, kemahiran mengingat dan panduan aktiviti belajar bersendirian.