Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling Sekolah Rendah Rimba II, Brunei III memberikan perkhidmatan bimbingan individu/kelompok dan perkhidmatan kaunseling individu/kelompok kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6 secara sukarela atau pun yang dirujuk oleh guru-guru.

Monday 26 July 2010

Ceramah Motivasi & Teknik Bijak Belajar






Ceramah Motivasi dan teknik belajar yang dianjurkan oleh Takmir Masjid Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Kg Rimba telah diadakan pada Hari Ahad, 25 Julai 2010 bersamaan dengan 13 Syaaban 1431 yang lalu. Penceramah yang telah dijemput pada hari tersebut ialah Dr Ee Ah Meng seorang Motivator/Pensyarah Universiti Brunei Darussalam, Negara Brunei Darussalam.Ceramah Motivasi dan teknik bijak belajar ini diadakan secara rasionalnya adalah kerana kemahiran-kemahiran bijak belajar tidak diajarkan di dalam bilik darjah. Dengan itu, para pelajar akan dilengkapi dengan teknik belajar yang berkesan.

Objektif-objektif ceramah motivasi dan teknik bijak belajar ini ialah:
1. Meningkatkan prestasi akademik pelajar.
2. Meningkatkan keyakinan pelajar menghadapi peperiksaan.
3. Membantu pelajar belajar bukan sahaja hard tetapi smart.
4. Memperlengkapkan pelajar dengan teknik belajar dengan teknik belajar SQ3R, teknik
ingatan, teknik melukis peta minda.
5. Membantu pelajar mengurus masa dengan berkesan.

Takmir Masjid Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Kg Rimba mengalu-alukan kehadiran murid-murid dari empat buah sekolah yang akan menduduki peperiksaan 'O'Level dan juga PSR. Sekolah-sekolah tersebut ialah Sekolah Menengah Rimba, Sekolah Rimba I, Sekolah Rendah Rimba II dan juga Sekolah Rendah Tungku.

Antara kandungan ceramah motivasi yang telah disampaikan oleh penceramah undangan antaranya ialah ciri-ciri pelajar bermotivasi tinggi, teknik belajar SQ3R, langkah-langkah mengulang berkesan dan lain-lain lagi.

No comments:

Post a Comment